Profil

Sekolah Kebangsaan Parish telah ditubuhkan pada tahun 22.10.1946 hasil gabungan 5 buah kampung iaitu Kg. Masjid, Kg. Pulat, Kg. Suyong, Kg. Baru dan Kg. Kuala Balingian. Penubuhan sekolah ini adalah atas usaha Tuan Haji Abdul Rahman Sanai dan pembantu beliau, Tuan Haji Ismail Haji Osman dengan bantuan penduduk-penduduk kampung yang terlibat. Setelah siap sekolah ini diberi nama “GOVERNMENT MALAY SCHOOL, BALINGIAN” di bawah kuasa pemerintahan British Military (BMA) dan mengajar Bahasa Melayu sahaja. Guru Besar pertama ialah Cikgu Bujang bin Ahmad dari Oya dan dibantu oleh Cikgu Taha bin Mansur dengan jumlah murid seramai 81 orang. 

Pada tahun 1952, bangunan pertama yang sudah buruk digantikan dengan sebuah bangunan baru yang lebih besar dan tegap hasil gotong-royong penduduk kampung menggunakan bahan-bahan seperti tiang belian, papan dan atap belian.

Pada tahun 1957, pihak pentadbir sekolah cuba untuk menukar nama sekolah ini kepada SEKOLAH ORANG KAYA SULAIMAN, Balingian sempena nama pembesar yang mula-mula menduduki daerah ini, tetapi pihak Balingian Parish Council meminta bukti tentang sumbangan beliau terhadap sekolah. Oleh kerana tiada bukti kukuh nama sekolah ini telah ditukar kepada “Parish Council School Balingian”. Di bawah kuasa council di mana murid-murid dikenakan yuran sebanyak RM1.00. 

Pada tahun 1968, pihak kerajaan pusat telah membelanjakan sebanyak RM23,000.00 untuk membina sebuah bangunan baru yang mengandungi 6 buah bilik kelas, sebuah bilik guru besar dan masing-masing sebuah bilik perpustakaan serta stor. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Kebajikan Tempatan, Abang Ikwan Zaini pada 24 Oktober 1968. Selepas pemansuhan yuran persekolahan, ramai kanak-kanak mula mendaftar dan bersekolah di sini.

Pada tahun 1981, nama sekolah ini telah ditukar kepada SRK Parish Balingian. Selang sepuluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1991, bangunan asrama sekolah telah terbakar. Pihak kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk membina semula bangunan asrama dalam tempoh masa yang singkat bagi menggantikan bangunan yang terbakar itu. 

Pada tahun 2000, kerajaan pusat telah memperuntukkan RM6 juta untuk membina bangunan konkrit yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2001.
 
Pada tahun 2006 pula, Kementerian telah memberikan peruntukan untuk kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan bangunan dengan kerja-kerja mengecat serta menaik taraf blok pentadbiran dan bilik guru serta pembinaan sebuah blok makmal komputer.

Kini SK Parish berwajah baru dengan kemudahan seperti bilik guru berhawa dingin serta kecerian kawasan sekolah dengan kerjasama pihak PIBG serta sumbangan bekas pelajar SK Parish.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SK PARISH
Cikgu Bujang Bin Ahmad 1946 sehingga 1951
Cikgu Sujang B. Mohamad
1952
Cikgu Faiz Bin Haji Jamaludin
1955 sehingga1957
Cikgu Abdul Rahman Bin Alang
1953 sehingga 1954
Cikgu Mohd Ali Bin Haji Tasit
1958 sehingga 1961
Cikgu John Martin Munan
1962
Cikgu Mohd Ali Bin Haji Tasit
1963 sehingga 1982
Cikgu Ali Bin Hj Adenan
1983 sehingga 07-03-1987
Cikgu Perti Bin Sarchian
07.12.1990 sehingga 30.04.1993
Cikgu Ali Bin Hj Adenan
01.05.1993 sehingga 21.07.2004
Cikgu Deli Bin Sahari
02.07.2004 sehingga 22.07.2005
Cikgu Wahid Bin Mohd Itli
2006
Cikgu Tai Kui Heng
 2007 sehingga 2010
Cikgu Perti Bin Sarchian
01.02.2011 sehingga Januari 2018
Cikgu Awang Yusri Bin Awang Adeni
29.12.2018 sehingga 23.06.2020
Cikgu Rizalfaiza bin Merikan
29.01.2021 sehingga kini
Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
 
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Kami Warga SK Parish Balingian, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:
PELAJAR:
1. Memastikan sukatan pelajaran dihabiskan 2 bulan sebelum peperiksaan.
2. Memeriksa buku latihan murid selewat-lewatnya 3 hari selepas dikumpulkan.
3. Memastikan markah ujian dan peperiksaan diserahkan kepada murid selewat-lewatnya 3 minggu selepas tarikh peperiksaan.
STAF/KAKITANGAN:
1. Memaklumkan kepada guru-guru segala edaran daripada stakeholder berkaitan dengan perjawatan dan latihan dibuat selewat-lewatnya 3 hari pada tarikh surat diterima.
2. Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Mengambil tindakan perhatian di atas segala aduan/cadangan/permohonan dari guru/kakitangan jika difikirkan munasabah dan memberi kebaikan kepada organisasi.
IBU BAPA/PENJAGA:
1. Segala aduan dan rayuan hendaklah diambil dalam masa 7 hari.
2. Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 30 minit sebelum dihantar kepada pihak yang berkenaan.
3. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan anak mereka 1 minggu sebelum cuti persekolahan.
KOMUNITI:
1. Semua aduan yang dipohon akan dilayan dalam tempoh 1 hari dari masa aduan.
2. Memberi maklumbalas kepada semua surat arahan dari stakeholder selewat-lewatnya 3 hari selepas surat diterima.

"MELAKAR KEJAYAAN PARISHKU GEMILANG"

Maksud Imej:
 
Perisai; Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang gejala yang tidak sihat.
 
Skrol; Melambangkan hasil pencapaian yang terbaik dari pelajar.
 
Lilin; Melambangkan ilmu yang dicapai untuk membawa kejayaan kepada manusia memerlukan pengorbanan yang bermakna.
 
Buku; Melambangkan ilmu yang dituntut.
 
Maksud Warna:
Putih, membawa maksud kesucian dalam mencapai ilmu.
 
Kuning; kesetiaan kepada Negara dan Sekolah.
 
Biru; membawa maksud perpaduan warga SK Parish dalam mendukung Dasar Pendidikan.
 
Merah; membawa maksud semangat yang kuat untuk mencapai ilmu.
 
Ayat "ILMU"; membawa maksud ilmu yang dituntut untuk kehidupan yang baik.
Namamu indah mekar dihati,
Sekolahku SK Parish tercinta, 
Bersama menuju kemajuan,
Ilmu menjadi teras utama,
 
Jasa Guru tidak dilupakan,
Membimbing membentuk masa depan,
Ibu Bapa memberi sokongan,
Wawasan menjadi kenyataan,
 
Dalam mengejar cita-cita,
Amalkan ajaran agama,
Insan sempurna akhlak mulia ,
Jati diri dibina,
 
Jasa guru tidak dilupakan,
Membimbing membentuk masa depan,
Ibu bapa memberi sokongan,
Wawasan menjadi kenyataan, 
Wawasan menjadi kenyataan.
  LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
       
GURU  7  15  22
AKP  3 7  10
JUMLAH STAF  10 22  32
       
JUMLAH MURID xxx xxx xxx
KPKI 4 3 7
PRA HIKMAH 7 7 14
PRA BESTARI 5 7 12
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
       
HARIAN
ASRAMA 25 22 47
Dikemaskini: 01 APRIL 2021