Prasarana

Sekolah Kebangsaan Parish, Balingian dihubungkan melalui jalan raya persisir Mukah - Bintulu (3110) yang diselenggara oleh JKR Sarawak dan juga boleh dihubungkan melalui jalan air Sungai Lemai (Batang Balingian).

Sekolah ini menerima bekalan elektrik 24 jam yang dijanakan oleh Sarawak Energy Berhad dan mengunakan air bersih dirawat yang disalurkan oleh JBALB.

Kemudahan telekomunikasi talian tetap yang dilanggan dari Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan  capaian internet menggunakan perkhidmatan ISP Celcom Axiata Berhad.

Kemudahan Kampus Astro juga terdapat di SK Parish. Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro. Dilancarkan pada akhir tahun 2008, misi program Kampus Astro adalah untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan kepada pelajar - pelajar. Dengan sumbangan dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman yang luas, 1 set TV LCD dan akses kepada 13 siaran antarabangsa dan tempatan.

Kemudahan lain yang terdapat di SK Parish adalah:

Dua (2) Blok Asrama berkapasiti 112 penghuni setiap satu blok.

Satu (1) Dewan (Dapur, Dewan Makan, Serbaguna)
Satu (1) Surau

Enam (6) Kuarters Guru

Satu (1) Blok Kelas Pendidikan Khas Integrasi

Dua (2) Blok Bangunan Pra Sekolah

Satu (1) Bangunan RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

Satu (1) Blok Pentadbiran & Kelas
  • Aras 1: 2 Buah Kelas, PAK, Pejabat Am, Bilik Guru, Tandas Staf
  • Aras 2: 4 Kelas, 1 Makmal Sains, 1 Stor Sukan, Tandas Murid
  • Aras 3: Perpustakaan, Kelas Maju, Pusat Akses, Bilik Buku Teks, Bilik JQAF, Stor
Satu (1) Blok Makmal Komputer
  • Aras 1: Dua (2) Buah Kelas
  • Aras 2: Satu (1) Makmal Komputer;
  •              terdapat 21 buah Komputer Desktop, 1 DLP Projektor, 1 Pencetak.
Satu (1) Padang Bola Sepak

Dua (2) Gelanggang