Ahad, 31 Januari 2021

Video: Raikan Hari Bahagiamu (RHB) @ Januari

Salam Melakar Kejayaan Parishku Gemilang.

Program: Raikan Hari Bahagiamu (RHB)

Ini merupakan salah satu program Amalan Guru Penyayang 2021 SK Parish iaitu meraikan hari lahir murid, guru dan staf.

Dengan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua murid, guru dan staf SK Parish 2021 yang menyambut hari lahir pada bulan Januari 2021. Semoga sentiasa ceria, positif dan bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian.

Selamat menonton video ringkas di Facebook Rasmi yang kami sediakan khas untuk anda. 🤗

Salam tulus ikhlas,
Unit Guru Penyayang 2021
SK Parish, Balingian, Mukah