Khamis, 21 Januari 2021

Program Transisi Tahun 1 Hikmah Sekolah Kebangsaan Parish Balingian 2021


Tarikh : 20 Januari 2021 hingga 25 Mac 2021 (Isnin hingga Jumaat)
Tempat : Di rumah pelajar (Maya) dan Sekolah Kebangsaan Parish (Bersemuka)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Tumbuh di sisi buah mengkudu,
Subur bersilang dipetik adik,
Program Transisi Tahun Satu,
Semoga cemerlang anak didik.

“Anda merupakan ibu bapa mahupun penjaga yang hebat untuk anak-anak.
Rujuk dan bacalah brosur Program Transisi Tahun Satu 2021 ini”.
Tahniah kami ucapkan untuk anda semua.

Tokoh ulama pernah memberitahu “jika kita berusaha untuk mencari, maka kejayaan akan menanti. Bukanlah satu tetapi tidak terkira ilmu yang diperolehi”.
 
Untuk ibu bapa ataupun penjaga SK Parish Tahun 1 2021 bolehlah memuat turun Kit Program Transisi Murid Tahun 1 2021 untuk rujukan dan bacaan anda semua.

Tahniah semua!.